Me and My Life

My Photo
Name:
Location: Kepala Batas, Penang, Malaysia

Sunday, June 21, 2009

Harga Menjadi Seorang Bapa


Semalam hari abu kata anak-anak. Dari pagi tak berhenti-henti SMS masuk. Dari anak-anak yang ada di 5 buah negeri di Malaysia. Hati saya tersentuh dengan ingatan dari anak-anak. Bila buka blog macam-macam mereka tulis tentang saya. Rata-rata mengatakan saya abu yang tegas Memang saya tegas tentang soal agama, akhlaq dan pelajaran. Saya biasa hidup sangat susah tetapi kerana ketegasan emak dan perhatian abah membuat kami enam beradik berjaya ke universiti. Jika saya tidak tegas untuk mendisiplinkan anak-anak belum pasti mereka dapat sampai ke tahap sekarang. Saya bersyukur 3 orang anak telah mencapai tahap Sarjana Muda, seorang masih mengejar Bsc Engineering , seorang di Kolej & masih ada 2 orang di sekolah menengah. Walau apa pun saya memang sangat sayang kepada semua anak-anak saya. Bohonglah kalau hati saya tidak pernah luka atau keciwa dengan sikap mereka. Tetapi sebagai hamba Allah saya tetap tidak pernah putus-putus berdoa agar Allah memberi hidayah dan membuka hati-hati mereka. Untuk menerima nasihat, untuk berbuat baik, dan menunai tuntutan agama. Memang saya pernah jatuh sakit kerana mereka tetapi saya tahu inilah harga menjadi seorang bapa . Saya tahu jika tidak nakal bukan budak-budak namanya. Kenakalan itu ada batasnya dan alhamdulillah saya bersyukur kerana anak-anak sudah memahami kenapa saya dan isteri bersikap tegas ketika mereka kecil. Kini kami sudah mencapai setengah abad, kami hanya ingin menghabiskan sisa usia dengan membaiki amalan diri sebagai bekalan mati. Segala yang baik jadikan panduan dan yang buruk jadikan sempadan. saya berdoa agar anak-anak saya berjaya mendidik anak-anak mereka kelak lebih baik dari apa yang dapat saya dan isteri beri kepada mereka. Jika dipanjangkan umur saya dan isteri sentiasa ada untuk membantu memberi nasihat dan panadangan jika mereka meminta pandangan. Terima kasih untuk semua anak-anak yang tercinta.

Saturday, January 10, 2009

My hobby

aku suka mengambil gambar nature. tambah pula ada camera baru ada-ada je nak try featuresnya. tapi masa pula tak mengizin. Tambah kelas dah mula. Tapi bang cik yang rajin membelek.at least dia akan ajarku pula.

Masa bersama anak



Malam tadi lama juga berbual dengan abang. Memang teknologi mendekatkan jarak yang jauh.Cuma jika salah guna ia akan menyusahkan.

MY WEEKEND


Hujung minggu bererti aku dapat luang lebih masa pagi berlama-lama di masjid. Pergi cyclying sendiri atau bersama teman masjid. Hari ini membantu jiran dan kawan pindah pula. 

Thursday, January 1, 2009

Another Year Pass By


Welcome 2009
Semuga bertambah Iman dan amalku seiring dengan peningkatan usiaku, Insyallah.